Udara
Aku inginkan nafas ku berderu laju
Dadaku turun naik
Tetapi aku seperti tidak bernyawa
Aku hilang arah
Aku sejuk seperti tidak berdarah
Kau pergi jauh mencari kebahagianmu
Kebahagian yang kau rasa kau tidak miliki di dunia ini
Permergianmu merupakan satu titik perubahan bagiku
Bukan berubah lebih baik
Aku makin lemah
Kau pergi kerana hatimu disakiti
Kehilangan kau lebih menyakitkan
Hidup kau menyerikan aku
Tawa kau memberi sinar
Hilang kau menghancurkan aku
Ketiadaan kau menyesakkan aku
Kau kecewa ?
Aku lebih derita
Apa erti semua ini ?
Aku tidak mengerti
Mengapa suratan kita begini ?
Aku menangis saban hari
Mengenangkan kau tiap waktu
Tak pernah sedetik aku melupakan
Ya aku tidak boleh menerima kenyataan
Ya aku buta hati
Aku sedih
Pedih jiwa ini tak siapa peduli
Seperti kau
Aku juga tidak bahagia
Saat kau pergi
Bermula lah detik suram hidupku
Kau pergi membawa senyumanku pergi
-171222-
-171222-
No comments:
Post a Comment