Thursday, 24 May 2018

Maafkan Aku

Aku ada seorang kawan dari sekolah menengah.
Aku pernah rapat dengan dia.
Masuk politeknik aku masih rapat dengan dia.
Aku susah dia tolong.
Masalah dia, aku dengar.
Aku jarang bercerita tentang masalah aku.
Aku tak pasti bagaimana dan bila hubungan kami mula renggang.
Tapi semuanya bermula dengan aku.
Seingat aku, aku mula jauhkan diri semua orang termasuk dia.
Tiada sebab, tiada alasan.
Aku cuma ingin bersendirian.
Lama aku diamkan diri.
Ramadhan yang lepas tiba-tiba aku teringatkan dia.
Aku telefon.
Tapi malangnya panggilan aku disambut dingin.
Panggilan aku seperti tak disenangi.
Aku putuskan talian.
Sebab hati aku sedih, aku tidak mahu hubungan aku dengannya lebih dingin.
Aku fikir barangkali suara aku akan menyakitkan hati dia jadi aku putuskan talian.
Aku kirim pesanan ringkas pada dia.
Aku mohon maaf jika aku menyakiti dia dan aku masih berharap kami masih berkawan.
Tiada balasan.
Dia sudah benci aku.
Dia sudah tidak mahu berkawan.
Aku diam.
Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
Aku menangis sedih.
Memang salah aku tapi aku tidak diberikan kesempatan untuk meminta maaf.
Sekadar titipan maaf melalui pesanan ringkas tidak mencukupi.
Ya aku tahu tapi aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghubungi dia lagi.
Kedinginan yang dia lantarkan pada aku menakutkan aku.
Ramadhan datang lagi.
Aku teringatkan dia lagi.
Haruskah aku mendekati dia lagi ?
Beranikah aku ?