Tangan yang menghulur itu lebih elok dari tangan yang menerima.
Bukan bermaksud tangan yang menerima itu salah, orang kata rezeki jangan ditolak kan.
Berbuat kebaikan sesama manusia malah digalakkan dalam Islam. Bukan cuma Islam, tapi agama lain juga mengajar benda yang sama kan ?
Berbuat kebaikan boleh jadi dari pelbagai aspek. Tolong angkat barang kawan yang jatuh pun dah dikira berbuat baik. Itu lebih bagus dari menonong jalan buat tak nampak kan ? Beri bantuan kewangan kepada yang memerlukan, beri sokongan pada yang lemah dll.
Saat memberi hak kita kepada yang memerlukan, keikhlasan hati itu amat penting. Memberi tetapi hati tak merelakan. Apalah erti pemberian yang tiada makna. Kesannya tidak berbekas di hati.
Memberi tanpa ada sekelumit rasa penyesalan. Kalau pernah terdetik 'ahh aku tak patut bagi yg tu, aku patut bagi yg ni', maka berbalik pada nilai keikhlasan yang terletak dalam diri kita. Bila hati tidak ikhlas maka wujud lah rasa penyesalan. Hmm jangan tak tahu ada juga manusia yg jenis macam ni. Masuk duit kat tabung masjid RM20, lepas tu rasa menyesal. "Ahh sepatutnya aku letak RM10 je skrg tgok aku dah takada duit makan." Atau bila bantu org yg kemalangan kemudian kena jadi saksi. "Ahh patut aku tak tlg tadi skrg dah kena jadi saksi pula bazir masa je." Tsk tsk tsk kalau berbuat kebaikan kenapa perlu disesali ?
Memperoleh tanpa berlaku kejam. Jangan menidakkan hak yang sepatutnya. Itu juga satu kebaikan yg selalu org tak nampak. Menipu dalam timbangan salah satu perbuatan yg org tak nampak tapi si pelaku meraih keuntungan yg dia fikir tak apa "alaaa sikit je, bukan org perasan pun." Andai si pembeli ialah si miskin yg nak membeli beras pun pakai timbangan, menggunakan hasil kerja keras siang malam, tidakkah kejam ? Beras yg sepatutnya tahan seminggu tapi dek kerana peniaga yg menipu dlm timbangan maka beras yg dibeli cuma tahan 3hari. Ramai yg tak perasan, cuma menganggap remeh perkara2 macamni.
Kita hidup dalam kalangan masyarakat yg berbilang bangsa dan agama. Kebaikan yg dilakukan bukan berdasar warna kulit, bukan atas nama agama yg dianuti. Selagi hati ikhlas, bantulah selagi boleh.
|
Tuesday, 24 March 2015
Lindungilah hati dari berbuat kejahatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)